Minggu, 12 Desember 2010

Zastava M93 Black Arrow

Zastava M93 Black Arrow

Zastava M93 Black Arrow merupakan rifle penembek tepat (Sniper) jarak jauh dan anti-material. Dibangun dan dikeluarkan oleh pembuat senjata terkemuka Republik Serbia iaitu Zastava Arms.

Pengenalan

M93 Black Arrow dibangunkan menggunakan sistem bolt-action yang diadaptasi dari sistem rifle terkenal Tentera Nazi semasa perang dunia ke 2 iaitu Mauser M48. Sistem Mauser M48 telah lama berkhidmat dalam ketenteraan Serbia dan dipercayai sebagai yang terbaik didunia. M93 Black Arrow telah mula digunakan oleh Tentera Serbia dan Tentera Republik Macedonia sejak tahun 1998.

Ciri-ciri & spesifikasi

a) Berat : 14 - 16 kg mengikut variasi peluru yang digunakan.

b) Panjang Keseluruhan : 1500 - 1670 mm mengikut variasi peluru yang digunakan.

c) Jenis Peluru : DSHK 12.7 x 108 mm dan Browning 12.7 x 99 mm (Standard NATO)

d) Jarak tembakan effektif : 1850 meter

e) Jarak penglihatan : 1800 meter jika menggunakan optik jenis 8 x 32 (8 kali pembesaran imej)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar